LIVELAH Dapatkan Tiket

Launching · Rabu 4 Nov · 9:00 malam

Live di semua platform serentak

Live kat TikTok macam biasa. LiveLah hantar live yang sama ke Facebook, Instagram dan YouTube pada masa yang sama, dan semua komen masuk satu skrin. Lebih ramai nampak, lebih banyak peluang jual.

Launching LiveLah · percuma di Zoom

Batal bila-bila masa · Mac dan Windows (beta) · telefon jadi remote

Launching · Rabu 4 Nov · 9:00 malam

Jom join launching LiveLah

Webinar percuma di Zoom, 60 minit. Ini yang anda akan nampak:

  • Live demo: satu live TikTok terus masuk Facebook, Instagram, YouTube dan X
  • Semua komen dari semua platform, dalam satu skrin
  • Harga launching, didedahkan malam tu je
  • Percuma
  • Zoom
  • 60 minit

Biasa jadi?

Live kat TikTok je? Pembeli anda ramai lagi kat tempat lain.

  • 01

    Live kat satu platform je

    Pembeli anda ada juga kat Facebook, Instagram dan YouTube. Mereka tak nampak pun live anda.

  • 02

    Komen bersepah

    Komen Facebook tenggelam, tak sempat baca. Yang nak beli terlepas macam tu je.

  • 03

    Meja penuh phone

    Satu phone untuk setiap app, live benda sama kat tiga tempat. Macam kedai handphone.

  • 04

    Video live lama terbiar

    Live semalam disimpan je, tak jadi apa-apa.

Dengan LiveLah, satu live terus masuk semua platform, serentak. Semua komen dalam satu skrin, dan live lama boleh disiarkan semula. Tak payah tukar-tukar app.

Cara guna

Tiga langkah je

Pasang LiveLah Studio di Mac atau PC Windows (beta) anda dan log masuk. Lepas tu:

  1. 1

    Tambah destinasi

    Facebook, Instagram, YouTube, X atau mana-mana platform RTMP. Tampal Server URL dan Stream key. Buat sekali je.

  2. 2

    Pilih Cermin live

    Masukkan username TikTok anda. LiveLah semak live itu untuk anda.

    Plus ke atas
  3. 3

    Tekan Mula live

    Mulakan live TikTok macam biasa, kemudian tekan Mula live dalam LiveLah. Semua platform live serentak!

Apa yang LiveLah buat

Satu live, semua platform, satu skrin komen

  • Cermin live yang sedang berjalan

    Live TikTok anda dihantar ke Facebook, Instagram dan YouTube pada masa yang sama. Boleh juga cermin dari Facebook, Instagram atau YouTube. Tak perlu phone kedua, tak perlu OBS.

    Plus ke atas
  • Siarkan video rakaman sebagai live

    Ada video live lama atau webinar? Siarkan semula sebagai live ke Facebook, Instagram dan YouTube. Rakam sekali, guna berkali-kali.

    TikTok melarang video pra-rakam di LIVE, jadi video rakaman tidak dihantar ke TikTok. Guna kandungan milik anda sendiri.

    Plus ke atas
  • Semua komen, satu skrin

    Komen dari TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube dalam satu senarai. Yang nak beli, macam “+1” atau “nak 2”, auto ditanda. Balas terus dari LiveLah bagi platform yang disokong.

  • Jual terus atas live

    Tunjuk kad produk dengan harga dan QR terus atas live. Buat flash sale dengan pemasa dan baki stok. Penonton terus tahu cara order.

  • Telefon jadi remote

    LiveLah Studio berjalan di komputer. Imbas kod QR dan telefon anda jadi remote: balas komen, papar produk, mulakan flash sale. Tiada app perlu dipasang; guna Wi-Fi yang sama dengan komputer.

  • Setiap platform, output sendiri

    9:16 atau 16:9, kualiti dan bitrate ikut platform. Hantar ke Facebook, Instagram, YouTube, TikTok, X atau mana-mana platform RTMP.

  • Klip: live jadi video pendek

    Klip cari momen terbaik dalam live anda dan jadikan video pendek untuk TikTok, Reels dan Shorts, dalam 9:16, 1:1 atau 16:9.

    Plus ke atas

Harga

Pilih pakej yang sesuai dengan live anda

Harga launching didedahkan pada Rabu 4 Nov, 9:00 malam

Dalam webinar launching di Zoom sahaja. Dapatkan tiket percuma supaya tak terlepas.

Dapatkan Tiket Launching

Bayar dengan kad (Visa, Mastercard). Pakej diperbaharui secara automatik setiap bulan atau tahun, dan anda boleh batalkan bila-bila masa. Tiada kontrak panjang. Harga dalam RM, tiada SST.

Bayar tahunan: bayar 10 bulan, dapat 12 bulan.

Soalan lazim

Ada soalan? Jom jawab laju-laju

Kena beli kamera baru?

Tak perlu. Live kat TikTok macam biasa, LiveLah hantar live itu ke platform lain.

Nanti komen bersepah?

Tak. Semua komen dari TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube masuk satu skrin, yang nak beli auto ditanda, dan anda boleh balas terus dari LiveLah bagi platform yang disokong.

Tak sempat live hari-hari?

Siarkan video rakaman sebagai live ke Facebook, Instagram dan YouTube (pakej Plus ke atas). Rakam sekali, guna berkali-kali. Video rakaman tidak dihantar ke TikTok kerana TikTok melarang video pra-rakam di LIVE.

Lepas live habis?

Klip cari momen terbaik dalam live anda dan jadikan video pendek untuk TikTok, Reels dan Shorts (pakej Plus ke atas).

Kena duduk depan komputer?

Tak. LiveLah Studio berjalan di komputer, tapi telefon anda jadi remote untuk balas komen, papar produk dan mulakan flash sale, dalam Wi-Fi yang sama.

Perlu komputer ke?

Ya. LiveLah Studio berjalan di Mac atau PC Windows (Windows masih beta). Ia tidak berjalan di telefon. Telefon anda kekal untuk live TikTok dan boleh jadi remote.

Perlu OBS?

Tidak. Untuk cermin live, LiveLah ambil terus live anda yang sedang berjalan. Kalau anda sudah biasa dengan OBS, anda boleh hantar ke LiveLah melalui RTMP.

Ada kontrak?

Tiada kontrak panjang. Bayar dengan kad, pakej diperbaharui secara automatik, dan anda boleh batalkan bila-bila masa.

Akaun siapa yang digunakan?

Akaun anda sendiri di setiap platform. Pastikan anda berhak menyiarkan semula live yang dicermin.

Jumpa di launching!

Rabu, 4 November, 9:00 malam di Zoom. Percuma: dapatkan tiket, kemudian masuk group WhatsApp.